daku sah menjadi miliknya

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 26 Oktober 2010

adat perkahwinan kelantan...

ramai yang still xtau adat2 perkahwinan kelantan..so,ciksu googling la skit utk cr info2 yg berguna utk ciksu dan encik tunang...memangla adat ni bukan nye wajib di buat,kadang2 sekarang ni kite buat utk memeriahkan majlis n untuk menjaga adat2 kite yg ada..mane yg buleh kite pakai,kite pakai..yg rasenye dah x kena ngan peredaran zaman sekarang,kite tinggalkan..jangan la bergaduh kerana adat...sbb perkahwinan memerlukan tolak ansur dari kedua2 pihak....andainye sekarang pon kite xdapat kate sepakat,sshkan nnt...ciksu sentiasa mendoakan mahligai yg ciksu n encik tunang bakal bina, sentiase diberkatinya dan kami akan berbahagia n bersama di dunia dan akhirat...amin....

info ni ciksu dapat kat sini ye...

DARIHAL SELEPAS NIKAH ( MAJLIS KENDURI ) :

* Baekwoh = Kenduri Kahwin !!

Adalah menjadi kebiasaan di Kelantan, bagi perbelanjaan baekwoh ( belanja kahwin ) di pihak pengantin perempuan tidak ditanggung sepenuhnya ( atau kesemuanya ! ) oleh pihak pengantin lelaki.

Tiada ketetapan seperti yang biasa diamalkan di luar Kelantan di mana pihak lelaki semestinya menanggung kenduri di sebelah pengantin perempuan tetapi sebaliknya tidak berlaku bagi kenduri sebelah pengantin lelaki !

Sebaliknya " Belanja Kahwin " di Kelantan di " cover " dengan tatacara berikut :


1) Mengaellae / Ngaellae

( Entah lah, apa makna " Mengaellae " dalam bahasa standard ? )

Tetamu datang dengan membawa duit hadiah ( duit ngaellae, kata Orghae Kelaté ) dengan menghulurkan terus kepada ibu / bapa pengantin.

Jumlah standard tidak ditetapkan tetapi pemberian antara RM 10 ~ RM 50 adalah paling biasa diamalkan. Bawah daripada jumlah biasa tersebut, biasanya orang malu nak hulur atau tak akan hulur !

( Jangan kasi 50 sen dah la ! )

Niat ngaellae ini dapat diketahui dengan terang dan jelas melalui perkataan " Walimatul Urus " atau " Majlis Perkahwinan " pada kad jemputan.


2) Ngaellae Baessae

( " Baessae " atau dalam bahasa standard, " Bisan " atau " Besan " )

Bisan saling memberikan duit belanja kahwin berdasarkan jumlah kepala tetamu yang pihak masing-masing ingin jemput.

Contohnya, majlis kahwin diadakan di pihak lelaki, ibu bapa pihak perempuan mahu menjemput 100 orang dari kalangan kenalannya ke majlis pihak lelaki itu, atas kos RM 15 sekepala. Maka, dia akan beri RM 1500 belanja kahwin kepada pihak lelaki atas nama "ngellae baessae".

Dalam erti kata mudah, masing-masing saling menanggung kos majlis kahwin di kedua-dua belah pihak.


3) Majlis Kesyukuran

Tetamu dijemput datang untuk dijamu dan diraikan sahaja.

Duit ngaellae tidak diharapkan bahkan adakalanya menjadi " taboo " jika dihulur. Sekiranya terhulur juga, tuan rumah akan menolak dengan sopan, dengan ayat seperti,

" Eh, bukae wak ngaellae nih, kesyukurae jah. Sippae sippae ~ ".

Tiada ketetapan siapa yang perlu menanggung kos majlis.
Biasanya ditanggung oleh ibu bapa ( jika kaya raya ! ) atau pengantin atau kedua-dua, hanya di pihak yang ingin mengadakan majlis. Mudah kata, pihak lelaki tanggung sendiri majlis di pihak lelaki, dan begitulah sebaliknya di pihak perempuan ( jika dia mahu adakan kesyukuran dan bukan " ngaellae " ).

Namun demikian, adalah sopan jika tetamu datang dengan membawa hadiah berupa barangan kepada pengantin dan bukannya berlenggang dengan tangan kosong. Kalau di kampung-kampung, adalah menjadi kebiasaan untuk menghadiahkan gula, susu pekat manis atau beras segantang ....

Niat " kesyukuran " ini dapat dibaca dari perkataan " Majlis Kesyukuran " yang tertera pada kad jemputan.

( Saya dapati trend Majlis Kesyukuran semakin popular di Kelantan pada masa sekarang, tidak kira di pihak lelaki mahupun perempuan )


4) Ngennar

Terbitan dari perkataan " memperkenal ".

Keluarga pengantin akan mengumumkan, semasa majlis kenduri berlangsung, kepada sekalian tetamu untuk masuk bertemu, bersua muka dan berkenalan dengan pengantin.

Semasa masing-masing bersalam dengan pengantin, sampul berisi wang akan diselitkan ke tangan pengantin, dan wang tersebut adalah bagi maksud perbelanjaan kenduri kahwin berkenaan dan biasanya bukan bagi simpanan peribadi pengantin.

( Lebih kurang macam " ngaellae " jugak laa ... )




KESIMPULAN

Adat perkahwinan Orghae Kelaté boleh disimpulkan :

1) Demi memudahkan ....

    Mengutamakan kelancaran proses nikah kahwin itu sendiri dengan niat bagi memudahkan dan menggalakkan orang bernikah kahwin selain turut bertujuan menjaga hubungan antara pihak keluarga lelaki dan pihak keluarga perempuan.



2) Bukan Untuk Dijual !
    Tidak mahu mewujudkan sangkaan " jual mahal " atau " jual anak " ( seolah ingin " memeras " pihak lelaki dengan " tebusan " dsb ). Bagi Orghae Kelaté, kedua-dua pihak dilihat perlu saling berkorban, yakni saling rugi dan saling untung, demi ' mendirikan masjid ' ... Pendek kata, Mek Kelaté tidak " demanding " ! Eheh ~
semua info adalah dari blog berkenaan tanpa diubah ape2...tq ye encik blogger...

2 ulasan:

  1. hi salam kenal b2b.oh baru saya tahu adat kelantan. my besties kelantan hehe tengs sharing info. jom exchange link =)

    BalasPadam
  2. hehe...ciksu ni pon dkt2 nak kawen ni,baru la blaja sket2 adat klantan....salam perkenalan dear...

    BalasPadam