Sukar membuang air besar sering dialami oleh ibu yang hamil. Perubahan hormon dan juga perubahan pola hidup merupakan faktor terjadinya sembelit. Pada peringkat awal, sembelit hanya membuatkan rasa tidak selesa ketika membuang air besar dan kemungkinan sakit perut atau kembung. Namun, jika ia berpanjangan dan tidak diatasi, ia mampu mengganggu metabolism badan dan mengganggu system-sistem lain dalam badan.
Jenis dan Punca
Peningkatan hormon tertentu ketika hamil
Akibatnya:-
- Sistem saraf pembuangan akan menjadi lemah
- Kelemahan pada otot-otot saluran pencernaan
- Peningkatan pengambilan zat besi yang sangat diperlukan oleh ibu hamil biasanya merupakan makanan pelengkap (supplement)
- Berat badan ibu dan janin tidak seimbang. Hal ini menyebabkan perut dan rahim terhimpit dan menyukarkan pergerakan zat-zat makanan dalam badan
- Gerakan fizikal terbatas. Kemungkinan disebabkan kurangnya aktiviti gerakan semasa hamil
Apa yang perlu anda ketahui?
Jika anda tahu, sembelit mampu menyebabkan buasir. Ketika anda hamil, sembelit akan menyusahkan anda. Jika anda membiarkan sembelit berterusan tanpa apa-apa tindakan, ibu hamil lebih mudah mendapat buasir. Sebagai contoh, anda kurang membuang air besar melebihi 3 hari, najis kering, dan sukar dikeluarkan bahkan kadangkala perlu meneran dengan kuat untuk membuang air besar. Hal ini akan menyebabkan otot-otot pada pembuluh darah di dalam lubang dubur akan melemah. Oleh sebab itu, ibu hamil mudah mendapat buasir.
Cara mengatasi
- Amalkan pengambilan nutrien yang seimbang dan jumlah yang mencukupi dalam pemakanan harian.
- Amalkan pengambilan makanan berserat dan secair setiap hari.
- Biasakan meminum air kosong satu gelas selepas bangun pagi atau 1½ hingga 2 liter sehari semalam
- Amalkan senaman atau gerakan fizikal setiap hari
- Banyakkan mengambil makanan berserat.
- Sayur-sayuran dan buah-buahan segar atau kering, contoh bijirin, kekacang atau betik
- Banyakkan minum air atau jus buah-buahan
- Air dan jus buah-buahan sangat penting bagi pergerakan sisa buangan dalam salurannya.
- Dapatkan nasihat doktor
- Jika sembelit masih tidak berkurang, dapatkan nasihat doktor, kemungkinan anda perlukan supplement.
sue amek info ni dr gugel...harap dihalalkan ye...
source: http://anakkusayang.com/blog/kesihatan/atasi-masalah-sembelit-ketika-mengandung
good info! TQ ;)
BalasPadamTQ FOR INFO..
BalasPadamInshaaAllah,supplement yang sesuai boleh membantu mengatasi masalah sembelit..
BalasPadamterima kasih.