daku sah menjadi miliknya

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, 11 April 2011

bacaan 18thn dan ke atas shj...

anda pasti sudah mencapai usia 18 thn dan ke atas?jika ye,truskan bacaan anda..dan jika tidak,skiplan entry ini..hehe.... (pesanan ikhlas daripada penaja)

kalo sape2 yang membaca entri ni,sue hanya nak berkongsi ngan blogger2 sekalian je..sama ade korang dah penanh rase,atau mungkin xpenah merasai nye, amekla sebagai pengetahuan utk kite eh..sue pun jupe artikel n n rase nak sharing ngan korang semua..biasenye berlaku pada pasangan yg baru berkahwen..tp ade jugak yang dah lame kawen pon kne jugak..so,beware of it ya...

tp, biasenye kalo g klinik,cakap simptom kite gni, gitu, gini..mesti doc akan tye sama ada kite ni baru kawen ke belum...so,utk pasangan yg bakal berkahwin pon,u all take notes eh...

su dapat drp page ni eh: http://drmazlan.blogspot.com/

doc..sue mintak izin sharing ngan kawan2 eh...soalan ni sue trus copy paste je dr website berkenaan..

SOALAN;

Dear dr:

Kenapa berlaku pendarahan dan kesakitan semasa membuang air kencing selepas beberapa jam selepas berhubungan seks dgn suami saya?

Adakah ia berbahaya? Selain itu, saya juga menjadi semakin kerap membuang air kencing, tetapi setiap kali akan rasa kencing tidak keluar sepenuhnya.

JAWAPAN;

Hi Anne,

Keadaan ini boleh berlaku kepada mana mana perempuan selepas hubungan seks walaupun kadang kadang ianya menandakan bahawa ada jangkitan saluran kencing.Kesakitan semasa kencing selepas seks adalah disebabkan oleh saluran kencing yang teregang dan luka semasa kemasukan zakar suami.

Keadaan ini kadang kala ada kaitan dengan keadaan anda yang belum bersedia untuk penetrasi zakar dan keadaan cairan pelinciran vagina yang belum cukup untuk penetrasi.

Saya mencadangkan agar anda cuba betul betul menghayati keseronokan hubungan seks ,merasai kenikmatannya dan jangan segan segan untuk meminta minta kepada suami semasa seks tentang apa yang anda mahu dia lakukan terhadap anda.

Bila anda rasa sudah bersedia untuk penetrasi barulah arahkan suami untuk melakukannya,untuk anda semasa penetrasi cuba legakan kemutan vagina anda,bertenang dan cuba hayati betul betul keseronokan seks yang bakal menjelma.

Pastikan juga Anne membuang air kecil sebelum dan selepas hubungan seks untuk memastikan jika ada kuman yang termasuk kedalam salur kencing semasa seks akan dikeluarkan semula.

Jika masalah ini berterusan saya mencadangkan agar Anne jumpa doktor untuk ujian air kencing bagi memastikan ada jangkitan atau tidak ,jika ada maka antibiotik diperlukan.

tuje la kot sue dapat..byk lagi info2 yang korang leh dpt dr website berkenaan..sharing is caring rite???

3 ulasan:

  1. hmm, saya 18 thn ke atas.. hehehe. thanks 4 the good info.

    BalasPadam
  2. saye pn dh umo 18 thun ke atas! hehe..gud info dear. thanks for sharing! :)

    BalasPadam
  3. hehe...good girls..baca n amalkan eh..advise for me too actually...

    BalasPadam