imej: en gugel |
sue sebenarnye dah start sakit bengkak gusi ni sejak taun 2008 lagi..sebelum ni mmg sabar ajela..eventho muke sampai dah bengkak2 sebelah pon,stil lagi tahan.sbb ape???takut beb...huhu...cam xsanggup nak sakit sbb cabut gigi..ngan org duk bgtau cabut gune playar la..macam2..ngeri!!!
tp,sebulan yang lepas,sakit ni datang balik..sampai sue demam2..memula sebelah kanan,2 mggu pastu kiri plak...selepas mendapat nasihat daripada ramai org,sue amek keptusan utk cabut..why???sbb salah satu sebb plg signifikan yang sue nampak nnt pregnant,sue yang yang akan ssh..n bile u pregnant,doc xkan amek risiko utk cabut u punye gigi..so,demi sayangkan diri sendiri n bakal anak2 sue,rela lah sue menghadapi kesakitan nye..huhu...
sedikit fakta mengenai gigi geraham bongsu..
sources here : http://www.dr.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=305
imej: en gugel |
GIGI GERAHAM BONGSU (WISDOM TEETH)
Gigi geraham bongsu adalah sejenis gigi geraham iaitu gigi yang tumbuh di bahagian belakang rahang. Biasanya manusia mempunyai gigi geraham pertama, kedua dan ketiga. Gigi geraham bongsu adalah geraham yang ketiga. Sekiranya terdapat cukup ruang di dalam rahang dan susunannya baik, ianya akan tumbuh di belakang gigi geraham kedua. Masa pertumbuhan adalah sekitar usia seseorang lewat belasan tahun atau awal dua puluhan. Biasanya terdapat empat geraham bongsu iaitu di rahang bawah kanan dan kiri; dan rahang atas kanan dan kiri.
GIGI GERAHAM BONGSU TERIMPAK (IMPACTED WISDOM TEETH)
Gigi terimpak adalah gigi yang gagal tumbuh sepenuhnya di tempat yang sepatutnya. Sering terjadi pada gigi geraham bongsu. Ini adalah disebabkan tidak cukup ruang di rahang kerana ketidakseimbangan saiz gigi dan rahang; atau disebabkan arah pertumbuhan gigi yang tidak betul.
KLASIFIKASI GIGI GERAHAM BONGSU TERIMPAK
Doktor pergigian menggunakan istilah tertentu untuk menggambarkan kedudukan gigi geraham bogsu terimpak.
1. Terimpak ke mesial
Kedudukan terimpak yang paling sering terjadi. Ini menggambarkan kedudukan gigi yang tercondong ke depan menghadap depan mulut.
2. Terimpak vertical
Kedudukan gigi menegak seperti gigi lain di rahang tetapi kedudukannya rendah dari gigi lain.
3. Terimpak horizontal
Permukaan mengunyah gigi geraham bongsu menghadap ke bahagian depan mulut dan kelihatan gigi terbaring hampir bersudut tepat dengan gigi geraham kedua.
4. Terimpak ke distal
Gigi geraham bongsu tercondong menghadap ke belakang. Arahnya bertentangan dengan terimpak ke mesial. Selain daripada itu terdapat juga gigi geraham bongsu yang terimpak oleh tisu lembut iaitu gigi sudah melepasi tulang rahang tetapi sebahagian permukaannya ditutupi gusi, dan ada yang terimpak oleh tulang rahang di mana gigi masih terkandung di dalam tulang rahang.
MENGAPAKAH GIGI GERAHAM BONGSU TERIMPAK?
Terdapat berbagai kebarangkalian mengapa masalah ini berlaku. Sebab utama ialah ketiadaan ruang tulang rahang di belakang gigi geraham bongsu kedua untuk menempatkan gigi geraham bongsu.
Sebab mengapa terdapat kekurangan ruang kurang difahami tetapi terdapat kaitan antara saiz gigi yang besar, kesesakan gigi dan kehadiran gigi geraham bongsu terimpak. Satu teori mencadangkan diet manusia zaman batu menyebabkan gigi menjadi haus dengan cepat, mengakibatkan saiz keseluruhan gigi menjadi kecil sedikit dan lebih rapat antara satu sama lain.
Dengan itu saiz keseluruhan rahang mampu memuatkan kesemua gigi termasuk gigi geraham bongsu. Diet manusia moden yang banyak makanan diproses tidak menyebabkan ini berlaku, dengan itu saiz gigi adalah besar berbanding saiz rahang.
Ada juga pendapat yang mengatakan diet manusia zaman batu membuatkan banyak aktiviti pengunyahan menggunakan otot mengunyah yang merangsang pembesaran tulang rahang dengan itu saiz rahang cukup untuk menempatkan kesemua gigi.
MENGAPA GIGI GERAHAM BONGSU PATUT DICABUT?
Gigi geraham bongsu yang sering menyebabkan masalah adalah yang sudah tumbuh sebahagian. Ini adalah kerana kedudukannya menyukarkan pembersihan gigi yang boleh mengakibatkan kerosakan gigi(karies) atau penyakit gusi atau jangkitan kuman berulang.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMERLUKAN GIGI GERAHAM BONGSU DICABUT:
I. PERIKORONITIS BERULANG
Perikoronitis adalah jangkitan kuman pada tisu gusi yang mengelilingi gigi yang separa tumbuh. Masalah ini sering terjadi pada gigi geraham bongsu terimpak. Gusi cuma boleh melekat pada permukaan akar gigi.
Sekiranya gigi geraham bongsu tidak tumbuh sepenuhnya, maka akan terdapat ruang antara korona gigi dan gusi. Korona gigi adalah bahagian gigi yang patut kelihatan di dalam mulut. Sisa makanan boleh berkumpul di dalam ruang ini yang malangnya mustahil dapat dibersihkan. Akhirnya bacteria di dalam sisa makanan boleh menyababkan keradangan pada tisu gusi di sekeliling gigi geraham bongsu.
Tanda –tanda perikoronitis adalah kesakitan dan bengkak di tisu sekeliling gigi geraham bongsu. Kesakitan boleh menjadi amat teruk dan bernanah. Mulut juga akan berbau dan pesakit boleh merasai rasa tidak menyenangkan di dalam mulut.
Semasa jangkitan, pesakit akan diberi ubat antibiotic, penahan bengkak dan sakit oleh doctor pergigian. Ubat kumur juga akan diberikan untuk membersihkan kawasan terlibat. Sekiranya perikoronitis baru pertama kali berlaku, doctor pergigian akan menilai samada gigi dapat tumbuh dengan baik akhirnya, dengan mengambil x ray.
Adalah lazim bagi gigi yang baru tumbuh untuk mendapat perikoronitis kerana gigi mengambil masa yang lama untuk menembusi gusi dan selagi kesemua permukaan korona tidak keluar habis di dalam mulut, maka gigi boleh terdedah kepada perikoronitis. Tetapi sekiranya gigi adalah terimpak, maka perikoronitis akan terjadi berulang kali dan semakin teruk. Dalam keadaan ini, maka cabutan atau pembedahan gigi geraham bongsu akan disyorkan.
II. KEROSAKAN GIGI GERAHAM BONGSU
Karies akan terbentuk di permukaan gigi yang terdapat pengumpulan plak untuk jangka masa yang lama. Sekiranya terdapat masalah untuk membersihkan gigi disebabkan kedudukannya, maka gigi tersebut adalah terdedah kepada masalah ini.
Sekiranya gigi geraham bongsu tumbuh teratur di rahang dan kerosakannya adalah kecil atau sederhana dan boleh dicapai oleh alat pergigian, maka tampalan boleh dilakukan. Walaubagaimanapun kadang kala doktor pergigian menasihati supaya gigi geraham bongsu yang berlubang dicabut sahaja. Misalnya jika kedudukan karies itu adalah di tempat yang mustahil untuk dicapai oleh alat pergigian.
Bayangkan, jika anda sendiri menghadapi masalah untuk mencapai kawasan karies untuk membersihkannya, maka doctor pergigian pun akan menghadapi masalah yang sama. Walaupun jika doktor pergigian dapat menampalnya, tetapi anda masih menghadapi masalah untuk membersihkannya sehingga menyebabkan karies berulang, maka adalah lebih praktikal jika gigi tersebut dicabut sahaja, daripada dibiarkan menimbulkan masalah berulang kali.
III. KARIES BARU ATAU BERULANG PADA GIGI BERSEBELAHAN GIGI GERAHAM BONGSU
Gigi geraham bongsu yang condong boleh menyediakan ruang untuk plak dan sisa makanan tersangkut di antara gigi geraham bongsu dan gigi geraham di hadapannya iaitu geraham kedua.Kawasan ini amat susah dibersihkan dan gigi geraham bongsu dan geraham kedua terdedah kepada karies.
Lebih malang lagi jika karies berlaku pada gigi geraham kedua, ianya terjadi berdekatan permukaan akar dan amat sukar dikesan kecuali pada peringkat lewat bila pesakit sudah kesakitan . Jika ini berlaku, maka gigi geraham kedua yang penting untuk mengunyah makanan terpaksa dicabut sahaja.
IV. PENYAKIT GUSI
Di bahagian gigi yang tidak dapat dibersihkan, bakteria yang berkumpul di dalam plak di atas dan sekeliling permukaan gigi akan menyebabkan penyakit gusi. Jika dibiarkan, maka bukan gusi sahaja yang terlibat, malah tulang disekeliling gigi juga akan turut rosak.
Jika kerosakan pada peringkat lewat, maka gigi akan menjadi longgar dan dan terpaksa dicabut. Penyakit gusi juga boleh merebak ke bahagian belakang gigi geraham bongsu kedua kerana gigi ini berkongsi tulang rahang dengan gigi geraham bongsu. Kadangkala gigi geraham kedua juga turut menjadi longgar akibat penyakit gusi dan mengakibatkan ianya turut terpaksa dicabut.
Alangkah sayangnya jika pesakit terpaksa kehilangan kedua-dua gigi geraham ini. Mungkin bunyinya agak keterlaluan, tetapi ada doktor pergigian yang mengesyorkan cabutan gigi geraham bongsu sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan masalah ini berlaku jika terdapat tanda-tanda awal penyakit gusi.
V. SISTA DAN TUMOR
Jarang berlaku tetapi tisu di sekeliling geraham bongsu yang tidak tumbuh boleh menjadi punca pembentukan sista dan tumor
VI. KESESAKAN GIGI
Ada doktor pergigian yang berpendapat bahawa gigi geraham bongsu boleh menjadi penyumbang kepada kesesakan gigi. Namun ada yang kurang bersetuju dan pendapat ini tiada bukti kukuh kerana terdapat juga pesakit yang tetap mengalami kesesakan gigi tanpa kehadiran gigi geraham bongsu.
VII. KEROSAKAN KEPADA GIGI BERSEBELAHAN
Jarang berlaku tetapi tekanan oleh gigi geraham bongsu yang terimpak terhadap gigi geraham kedua bersebelahan, boleh menyebabkan akar gigi geraham kedua terhaus. Tindakan ini menyerupai tindakan terhadap akar gigi susu bilamana tekanan dari gigi kekal yang tumbuh di bawahnya menyebabkan akar gigi susu terhaus seterusnya menjadi longgar dan gugur apabila tiada akar lagi.
ADAKAH KESEMUA GIGI GERAHAM BONGSU PATUT DICABUT?
Penilaian menyeluruh termasuk x-ray harus dibuat oleh doktor pergigian untuk menentukan samada gigi geraham bongsu terimpak harus dibuang atau ditinggalkan.
Sekiranya gigi tersebut tumbuh separuh di dalam rongga mulut, maka ianya lebih akan menimbulkan masalah seperti yang telah diterangkan,oleh itu lebih wajar dicabut. Tetapi jika gigi tersebut tertanam keseluruhan dan tida komunikasi dengan rongga mulut, maka pesakit boleh memilih untuk membiarkan sahaja, walaubagaimanapun pemeriksaan berkala perlu dipastikan untuk mengesan apa-apa perubahan patologi.
BILAKAH GIGI GERAHAM BONGSU PATUT DICABUT?
Tiada peraturan khusus untuk menentukan bilakah geraham bongsu patut dicabut, walaupun ada perkara-perkara berkaitan yang boleh menimbulkan komplikasi. Walaubagaimanapun jika umur pesakit masih muda bila cabutan atau pembedahan dijalankan, maka komplikasi adalah kurang dan jangka masa penyembuhan lebih cepat.
Sekiranya dicabut terlalu awal pembentukan gigi belum selesai, dan gigi susah dimanipulasi oleh doctor, tetapi jika terlalu lewat sehingga akar gigi terlalu panjang, maka cabuatan lebih traumatic. Umumnya umur pesakit yang ideal untuk cabutan adalah antara 18 hingga 24 tahun, kerana pada masa ini akar gigi belum terlalu panjang dan tulang rahang tidak terlalu padat, dengan itu prosedur adalah lebih mudah dan jangkamasa penyembuhan lebih cepat.
KOMPLIKASI CABUTAN ATAU PEMBEDAHAN GERAHAM BONGSU.
Pesakit dan doktor pergigian perlu berbincang tentang komplikasi prosedur dan menimbangkan samada prosedur lebih mendatangkan kebaikan berbanding dengan komplikasi.
1. Parestesia/ Rasa kebas berpanjangan Ini boleh berlaku sekiranya akar gigi berhampiran dengan saraf di dalam tulang rahang. Sekiranya prosedur menyebabkan saraf luka atau putus maka parestesia atau kebas boleh berlaku.
ooo...lom cabut lg eh? ingtkn dh cabut dh. huhu. by the way, aku tak penah rase sakit gigi cam org salu ckp sakit gile tu. adakah ini bermaksud gigi bongsuku belum memunculkn diri? dh 26 thun dh kot! huhu.. (risau pulak eden..)
BalasPadamhahaha...xkanla xtumboh lagi kot..ekau ni...mst dah tumbuh ngan jayanye tu..aku nye gg dah cabut,tp sebelah je baru..lagi sebelah on the next appoinment..terseksa lagi la..tp aku nye sbnrnye xla truk sgt..just,ble die nak tumboh,gusi aku akan bengkak..xtahanla..huhu...
BalasPadam