daku sah menjadi miliknya

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 21 April 2011

buah langsat!!!bukan sesat..

homesick!!!nak blk umah..rindu semua orang kat umah....

so..saje la nak wt entri yang mengingatkan diri pada umah..sebenarnye entri ni bukan pasal buah langkat..jugak bukan pasat sesat..tp pasal buah dokong..ngeh5!!terkeluar topik betol la kan..xkesahla..asalkan sue bahagia..hahahaha....

umah sue mmg byk tanam pokok2 sekeliling umah..biasela umah kampong kan...macam2 pokok buah2an yang umi n abah sue tanam..ade pokok dokong..salak..rambai...durian..betik..macam2la..tp tu dl..b4 umi sue besarkan umah utk standby sue kawen..sbb kawasan umah sue terhad sbb umah sue atas bukit,terpaksala pokok2 tu seme dikorbankan..huhu..sedey2..dah xley dah kalo rase nak makan,petik je luar umah...skrg semua nak kne bli...xbest!!!

KETERANGAN AM

Nama Biasa : Dokong
Nama Saintifik : Lansium Domesticum Corr.
Keluarga : Meliaceae

Asal :
Dokong merupakan satu daripada beberapa genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku ( Johor ) dan duku langsat ( Terengganu ). Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand.

Kawasan Utama Tanaman :
Negeri-negeri utama penanaman dokong di Malaysia adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Kedah.

Kegunaan :
Dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi. Buahnya juga boleh dibuat jem.

Kandungan Zat Makanan :
KandunganUnit/100 g bybm
Tenaga57 calories
Kabohidrat15.2 g
Kalsium19.0 mg
Kalium25.5 mg
Zat Besi1.1 mg
Vitamin B10.07 mg
Vitamin B20.04 mg
Vitamin C3.0 mg
Lemak0.2 mg
Protin0.9 mg
Niasin1.0 mg

TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok dokong adalah sederhana besar, kanopi berbentuk ovate hingga lanceolate dengan ketinggian antara 6 m hingga 9 m. Batang pokok adalah lurus dan kulitnnya berwarna coklat kehijauan

Daun :
Daunnya jenis pinat dan mempunyai 7–9 helai anak daun yang tersusun berselang-seli dan berbentuk eliptik atau obovat, sementara anak daun dipangkal berbentuk ovat. Permukaan atas daun berwarna hijau tua, licin, bersinar, dan berombak sedikit. Ciri-ciri ini merupakan ciri dokong yang membezakan nya dari Lansium yang lain.

Bunga :
Bunga tersusun dalam satu jambak berbentuk spika pada dahan dan di antara 1-8 jambak bunga keluar pada satu-satu tampok pembungaan pada dahan tersebut. Panjang spika ialah 15 – 20 cm dan bilangan bunga hermofrodit pada satu spika ialah di antara 20 – 50 kuntum berukuran 0.5 – 0.7 cm panjang dan juga 0.5 – 0.7 cm lebar.

Buah :
Buah dokong tersusun padat sehingga 40 biji dalam satu tangkai. Buah berwarna kuning keperangan apabila masak, berbentuk bulat hingga obovat berukuran 3 – 4.7 cm lebar dan 3.5 – 5 cm panjang. Sebiji buah biasanya terdapat 5 ulas isi yang pejal dan rasanya manis dengan kandungan gula di antara 15 – 22 % brix.

Biji :
Biji yang besar terdapat dalam semua buah bersaiz besar. Biji berbentuk bujur, mempunyai 1- 5 embrio dan boleh mengeluarkan 1- 5 anak pokok.

Kultivar / Klon :
Ciri-ciri
Dokong Kering
Dokong Air
Dokong Biji
Daun-Permukaan daun berombak
-Tebal
-Hijau tua dan bersinar
-Permukaan daun berombak
-Tebal
-Hijau tua dan bersinar
-Permukaan daun rata
-Agak nipis
-Hijau muda,tak berkilat
Isi-Pejal (tidak berair)
-Manis dan sedap
-Berair,sederhana manis dan
  sederhana sedap
-Pejal (tidak berair)
-Manis-manis masam
Kulit-Tebal dan tidak bergetah-Nipis dan bergetah-Sederhana tebal,licin dan
  tidak bergetah
Biji-Biji yang bernas sangat sedikit-Biji bernas sedikit-Banyak biji bernas
Nilai Ekonomik-Kualiti buah terbaik
-Permintaan pengguna tinggi
-Ditanam secara komersil
-Kualiti buah sederhana
-Permintaan pengguna rendah
-Tidak komersil
-Kualiti buah rendah
-Nilai pengguna sangat
  rendah
-Biji diguna sebagai penanti


source: http://jpn.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=63%3Adokong&catid=23%3Abuah-buahan&Itemid=54&lang=ms

ni gambar time raye taun lepas..2,3 bulan b4 umi renovate umah..rindu....










nak balik rumah....rindu abah..umi..mak..ayah..n semua orang.....especially my hubby....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan